Etika dalam Penulisan
Etika dalam penulisan akan wujudkan moral
kepada setiap orang yang melibatkan diri dalam dunia menulis, tanpa mengira
jenis penulisan yang diceburi.anda terlibat sebagai seorang penulis karya
kreatif yang menghasilkan novel, puisi atau cerpen, menulis travelog, buku-buku
populer, rencana atau penulisan serius, ataupun menulis secara maya di blog,
laman web, facebook, twitter dan sebagainya, anda masih lagi terikat dengan
etika apabila menulis. Etika yang anda pegang akan menyerahkan siapa anda
berdasarkan hasil tulisan dipaparkan.
Etika digunakan Untuk mementingkan tentang kebenaran dan menghormati hak
orang lain untuk mendapat kan yang benar. Tulisan perlu jujur, menggunakan cara
yang wajar untuk mendapatkan berita tersebut dan Setiap tulisan perlu benar
faktanya
Setiap orang yang terlibat dengan dunia menulis, perlu mengetahui dan mahir
tentang undang-undang yang berkaitan, perlu memahaminya dan berusaha untuk
tidak melanggarnya. Penulis juga perlu mematuhi Kode Perilaku Profesional oleh
Kesatuan Kebangsaan
Etika dan Pengamal Media
Dalam sistem demokrasi, peranan media seperti akhbar, buku, radio dan
televisyen amat penting bagi menyebarkan maklumat yang tepat dan dipercayai.
Peranan media ini merupakan nadi kepada proses demokrasi. Media mempunyai
pengaruh yang besar dalam masyarakat. Media akan membangkitkan pelbagai isu
terutamanya yang melibatkan isu-isu seperti keganasan, perlakuan seksual,
masalah sosial, konflik perkauman dan sebagainya untuk menarik perhatian pembaca.
Sekalipun tidak ada etika mutlak tentang penulisan di Malaysia, namun Etika
Kewartawanan Malaysia boleh digunapakai sebagai panduan kepada golongan
penulis. Etika ini mementingkan tentang kebenaran dan menghormati hak orang
ramai untuk mendapat maklumat sebenar. Penulis atau wartawan berperanan memberi
sumbangan kepada proses membina negara, menyedari kewajipan untuk memberi
sepenuhnya sumbangan dalam memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan
nasional.
Penulis juga perlu memastikan kejujuran dalam penulisan, menggunakan cara
yang wajar untuk mendapatkan berita dan mengelakkan tulisan berbentuk
perkauman, bercorak fitnah dan bias serta melampau dengan tatasusila masyarakat
majmuk di Malaysia. Oleh itu, Tatasusila Kewartawanan di Malaysia ialah:
• Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak
orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar.
• Dalam melaksanakan tugas ini, wartawan menghayati kebebasan memungut dan
menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang
saksama.
• Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita,
gambar atau filem dan dokumen.
• Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tidak tepat
hendaklah diperbetulkan.
• Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.
• Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan
mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan yang tidak
berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.
• Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat
perkauaman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk
Malaysia.
• Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang
berkaitan secara langsung dengan profesion mereka.
Etika Penulisan dalam Islam
Islam sangat mementingkan cara hidup yang berlandaskan kebenaran seperti
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Wahai
orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang yang benar- benar menegakkan
keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap diri kamu sendiri atau
ibu bapa dan kaum kerabat kamu sendiri. Jika ia (orang yang dianiaya) kaya
ataupun miskin maka Allah lebih tahu keperluan kedua- duanya. Maka janganlah
kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran dan jika kamu
memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah
Maha mengetahui segala yang kamu kerjakan” (Surah al-Nisa’ : 135).
Setiap kebenaran tidak boleh disembunyikan. Walaupun menulis, tulisan
berkenaan perlu berlandaskan kebenaran, sahih sumbernya dan tidak
mengetengahkan penipuan dan pembohongan seperti Firman Allah S.W.T yang
bermaksud:
“Janganlah
kamu menyamarkan kebenaran dengan kebatilan serta kamu sembunyikan kebenaran
walhal kamu tahu (hakikat sebenarnya)” (Surah al-Baqarah: 42).
Setiap perkara yang ditulis dan disebarkan perlu ditentukan kesahihahan
serta kebenarannya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu
orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu
tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya
yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (Surah al-Hujarat: 6).
Bagi penulis Islam pula, beberapa etika berikut perlu dilihat dalam
menghasilkan sesuatu tulisan iaitu;
• Menulis dengan ikhlas bererti menulis dengan sepenuh kerelaan dan dengan
suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Setiap penulis harus menyedari bahawa
apa yang ditulisnya adalah suatu amal soleh dalam usaha mengabdikan diri kepada
Penciptanya di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga yang dikasihi
dan berkhidmat kepada masyarakat.
• Hendaklah berpegang dengan kefahaman Islam yang betul dan jauh daripada
penyelewengan dan salah faham. Hendaklah mengira dosa dan pahala yang akan
ditanggungnya jika pembaca terpengaruh dengan tulisan tersebut. Jadi sesuatu
tulisan itu perlu dihindari daripada unsur-unsur menghasut, menfitnah,
mempengaruhi pembaca ke arah perkara-perkara yang negatif dan tidak baik.
• Penulis mestilah mahir dalam bidangnya dan berpegang dengan adab-adab
Islam, mengambil maklumat yang benar dengan tidak dikurangkan atau
ditambah-tambah atau diubah daripada keadaan sebenar. Analisisnya hendaklah
secara objektif dan dapat memberi faedah kepada pembaca serta memberikan
gambaran yang sebenar, tidak mencaci, menyakiti atau memfitnah orang lain.
• Hendaklah mengambil berat kritikan yang membina dan tidak meruntuh,
berkata benar walaupun pahit dengan tidak merasa takut dengan kebenaran yang
cuba disampaikan.
• Hendaklah bijak menghubungkaitkan isu-isu atau berita yang ditulisnya
dengan dakwah kepada Allah supaya manusia tahu bahawa agama Allah meliputi
segala bidang kehidupan, berperanan disetiap tempat, mengarah, menghukum dan
menyelesaikannya.
• Hendaklah hidup bersama-sama dengan masalah masyarakat yang dihadapinya,
bersama-sama dengan perasaan mereka dan bekerja sama dalam menyelesaikan
masalah masyarakat secara yang dituntut oleh Islam.
• Hendaklah sedar tentang apa disiarkan oleh musuh-musuh Islam yang
menentang Islam dengan membatalkan segala pembohongan mereka terhadap Islam dan
dapat mengemukakan kepada manusia dengan cara penyelesaian yang baik.
• Bagi penerbit pula, hendaklah bertanggungjawab terhadap apa yang hendak
disiarkan. Oleh itu, jangan siarkan sesuatu yang menyeleweng dan merosakkan.
Sebab Berlaku Pelanggaran Etika
• Keinginan menjadi penulis dengan cepat
• Penyalahgunaan teknologi
• Penguatkuasaan undang-undang yang longgar
• Tidak faham apa yang dikatakan pelanggaran etika
• Faktor Bahasa
• Penggunaan Status dan Pengaruh
Kesan Pelanggaran Etika dalam Penulisan
Etika diwujudkan untuk mewujudkan suasana aman, makmur dan saling
menghormati antara satu sama lain. Pelanggaran terhadap etika dalam bidang
penulisn akan meninggalkan kesan, antaranya;
• Pertama, merugikan pihak penerbit dan penulis kerana hasil karya mereka
diplagiat oleh orang lain. Perkara ini bermaksud hasil kerja penulis atau
pengkarya asal telah diplagiat oleh orang lain dan pihak tersebut telah mengaku
hasil kerja tersebut adalah idea mereka.
• Kedua, memberi kesan buruk kepada ekonomi negara kerana pendapatan
melalui cukai tidak boleh dikutip dari penerbit dan penulis.
• Ketiga, maklumat yang disiarkan tidak benar dan tidak tepat.
• Keempat, penggunaan pelbagai cara yang tidak wajar untuk mendapatkan
maklumat, gambar dan filem serta dokumen. Budaya paparazzi di Barat yang
mendapatkan berita dengan cara tidak wajar tidak sepatutnya menjadi ikutan.
• Kelima, munculnya berita yang bersifat perkauman, melampau dan
bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk di Malaysia.
• Keenam, munculnya karya-karya yang bermutu rendah. Penulis tidak
bermotivasi untuk menulis karya bermutu tinggi disebabkan karya mereka
diplagiat. Mereka juga tidak menerima pendapatan yang setimpal dengan hasil
penulisan.
• Ketujuh, memberi imej buruk kepada negara kerana terlalu banyak berlaku
pelanggaran dalam etika penulisan. Pelajar juga perlu sedar bahawa negara
banyak bergantung kepada hasil kerja yang dilakukan oleh pelajar terutamanya
dari institusi pengajian tinggi. Sekiranya pelajar gemar melakukan plagiat maka
negara tidak akan mengalami kepesatan dari melahirkan idea-idea baru bagi mengharumkan
nama negara, sedangkan golongan pelajar inilah yang bakal memajukan negara pada
masa hadapan.
• Kelapan, Apabila seseorang melakukan plagiat, minda dan kreativiti mereka
tidak dapat berkembang dengan baik dan cemerlang. Semua karya dan penulisan yang
dihasilkan adalah hasil kerja yang ditiru secara terang-terangan daripada
maklumat yang diperolehi dan tulisan orang lain. Mereka tidak mempunyai idea
dan kreativiti sendiri.
• Kesembilan, pelajar universiti yang melakukan pelanggaran etika seperti plagiat
mempunyai berkemungkinan yang tinggi untuk gagal dalam pengajian. Setiap
universiti mempunyai kuasa melalui undang-undang berkaitan untuk melucutkan
mana-mana pelajar yang didapati plagiat dalam tugasan, penulisan penyelidikan
dan laporan tahun akhir. Terdapat beberapa kes di beberapa buah universiti di
Malaysia yang melibatkan penarikan balik ijazah pengajian dan perlucutan
keputusan pengajian pelajar apabila terbukti pelajar terbabit terlibat dalam
plagiat.
Kesimpulan
Setiap penulis perlu patuh kepada etika semasa menulis bagi mengelakkan
berlaku suasana yang tidak aman, kucar kacir dan tidak aman dalam masyarakat
diakibatkan oleh hasil tulisan yang tidak beretika. Walaupun tidak ada etika
yang dikhususkan kepada penulis apabila mereka berkarya dan menulis, namun
perlu diakui bahawa ini tidak bermakna penulis dibolehkan untuk menulis secara
tidak beretika.
Selain etika, penulis juga perlu mematuhi pelbagai perkara lain lagi
termasuk undang-undang, peraturan, norma dan nilai dalam masyarakat yang akan
dibincangkan dalam tulisan lain.
sumber google